Saya sangat sarankan kawan-kawan yang ada asas dalam bahasa arab untuk sama-sama belajar dengan anak untuk bercakap menggunakan bahasa alQuran. Sememangnya asas dalam bahasa ini adalah satu bonus kerana kita sudah sedia tahu serba sedikit tatabahasa bahasa Arab. Kita tahu beza kata ganti diri untuk lelaki, perempuan, fi'il madhi (past tense), fi'il mudhari' (present tense) dan seterusnya. Apa yang kita perlukan sekarang (untuk memulakan projek bilingual) hanyalah mengetahui perkataan-perkataan yang perlu digunakan ketika berinteraksi dengan anak-anak.
Kita tak perlu tunggu sehingga anak kita bersekolah baru didedahkan dengan bahasa-bahasa lain. Kerana apa? Kerana kita sememangnya mampu mulakan sejak anak-anak masih kecil. Tak perlu bersusah payah di kemudian hari untuk menghantar anak-anak ke tuisyen atau mengupah seorang tutor datang ke rumah untuk bercakap bahasa asing dengan anak-anak anda. Gunakan cara paling mudah dan murah dan sangat bermanfaat untuk kita dan anak-anak; iaitu kita (dan pasangan) sebagai guru anak-anak.
Terus terang saya katakan, perjalanan bilingual saya yang baru beberapa tahun ini bolehlah disifatkan sebagai 'slowly but surely'. Kerana saya sendiri merasakan bahawa saya sangat-sangat kurang vocabulary dalam bahasa arab terutamanya yang berkaitan kehidupan seharian dan perbualan dengan anak-anak. Benar, saya mengambil degree dalam bidang yang 90% subjeknya adalah dalam bahasa arab, tapi itu tidak bermakna saya cukup ilmu untuk merealisasikan impian bilingual saya. Agak menyedihkan pada permulaan usaha ini, kerana perkataan 'lampin bayi' dalam bahasa arab pun saya tidak tahu.
Saya tidak rajin untuk cari satu persatu perkataan yang berkaitan di dalam kamus, lantas saya membuat keputusan untuk meminta tolong dari sahabat saya yang berbangsa Arab yang menetap di Jeddah. Cara saya:
1) terus bercakap dengan anak dalam bahasa arab. Jika saya tak tahu apa perkataannya dalam bahasa Arab, saya akan segera catatkan dalam buku dan biasanya saya kumpul sehingga 7-12 'soalan' (biasanya dalam bentuk ayat)
2) saya beri soalan-soalan tersebut kepada sahabat saya dan minta dia terjemahkan.
Bagi saya cara ini lebih mudah dan selamat jika dibandingkan dengan cara saya merujuk kamus. Kerana saya akan tahu istilah mana yang lebih biasa digunakan oleh masyarakat arab dalam sesuatu situasi. Sahabat saya biasanya akan menerangkan serba sedikit tentang istilah mana yang kerap digunakan atau perkataan mana yang jarang digunakan.
Di sini saya letakkan satu contoh jawapan dari sahabat saya itu kepada persoalan saya:
Mungkin selepas ini anda juga boleh mencari seorang mentor sebagai rujukan. Moga kita kekal bersemangat untuk mengajar bahasa kedua atau ketiga kepada anak. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment