Sunday, January 8, 2017

Orang Paris tapi Fasih Cakap Melayu?

Ini Jade, half French half Malay. Cuba anda klik video di bawah dan lihat dia cakap Melayu. Fasih kan?! Jade tinggal di Paris tau, ibunya owner Nasi Ayam Paris dan ayahnya memang berasal dari sana. Jadi macam mana dia (dan adik beradiknya yang lain) boleh fasih cakap Melayu sedangkan mereka tinggal di sana?
.
.

Saya tertanya juga kenapa ada ramai orang Melayu yang tinggal di Malaysia, tapi tidak boleh berbahasa Melayu? Biasanya mereka hanya boleh bercakap dalam English. Terutamanya yang berumur 6 tahun ke bawah. Kenapa ada ibubapa yang memilih untuk tidak memperkenalkan bahasa melayu seiring dengan bahasa lain? 
.
.

Saya tak pasti apa alasan mereka, cuma bagi saya, RUGI jika tak ajar anak bahasa Melayu juga, kerana bahasa Melayu pun adalah satu bahasa. Semakin bertambah bahasa yang anak kita kuasai, makin bertambah kemampuan otaknya untuk berfikir (kerana aktiviti yang berlaku di dalam otaknya lebih berganda) dan sedikit sebanyak ia membantu menambah pemahaman anak kita akan dunia ini. (Boleh rujuk link ini untuk baca tentang kelebihan mengetahui banyak bahasa: http://bilingual-ummi.blogspot.my/2014/04/kelebihan-bilingual.html) 
.
.

Sebenarnya saya pun tak guna banyak bahasa Melayu dalam percakapan dengan Majdiyya semasa dia berumur 3 tahun ke bawah, hanya 10%. Kami lebih banyak guna bahasa Arab & English. Bukan sebab kami taknak ajar dia bahasa Melayu, tapi sebab kami dah ada ramai 'guru Bahasa Melayu' untuk Majdiyya; Atok Nenek, pakcik makcik, sepupu dan jiran. Mereka inilah yang membantu Majdiyya jadi terer cakap Melayu. Dah jimat masa saya sebab tak perlu ajar bahasa Melayu masa tu. ;) Sebab tu saya pelik sebenarnya kenapa ada orang Melayu yang duduk di Malaysia tapi tak faham bahasa Melayu. Sedangkan untuk ajar anak bahasa Melayu, terlampau mudah. Apatah lagi yang memang berdarah Melayu. :) 
.
.

Kesimpulannya, ajarlah anak kita untuk berbahasa Melayu selain bahasa-bahasa tambahan yang lain. Ia sangat bagus untuk anak kita, sikit pun tak rugi. :D 
.
.