Wednesday, March 22, 2017

"Lots of Mix" tapi Kecek Kelate

Hai Assalamualaikum.

Lama tak bersiaran di blog ni. Catchy tak tajuk tu? Hehe, kebetulan sekarang ni agak famous term "lots of mix" tu, apa salahnya dijadikan tajuk. ;) Saya rasa nak bercerita sikit tentang keluarga pemilik akaun instagram yang tinggal di UK dan ada campuran Pakistan, Thailand, Melayu, dan Arab. Satu perkara yang paling buat saya kagum ialah anak-anak mereka diajar untuk bercakap dalam bahasa Melayu loghat kelate! Menarik kan?! ;)

Setakat yang saya lihat, kebanyakan keluarga Melayu Malaysia yang tinggal di UK atau negara orang putih yang lain, mereka lebih memilih untuk menggunakan English sebagai bahasa perantara di rumah mereka. Jadi, anak mereka tidak biasa berbahasa Melayu dan ramai juga yang pelat cakap Melayu.

Memang impressive bila kita lihat anak Melayu sangat fasih berbahasa Inggeris, apatah lagi bila ada slang atau accent tertentu. Tapi sayang sebenarnya kalau ibubapa memilih untuk tidak mendedahkan mereka dengan bahasa Melayu sejak mereka kecil. Bukan kerana kelebihan bahasa Melayu itu sendiri, akan tetapi kelebihan mengetahui banyak bahasa. (Saya ada berkongsi tentang kelebihan bilingual atau multilingual di blog ini). Rugi kan kalau cuma fasih bahasa Inggeris tapi tak pandai berbahasa Melayu sedangkan ibubapa itu sendiri boleh berbahasa Melayu?

Jangan risau, tiada istilah anak-anak akan keliru apabila tercampur bahasa. Anak-anak kita semuanya dilahirkan sebagai "linguistic genius", sebanyak mana bahasa yang diajar kepada mereka, sebanyak itulah mereka boleh kuasai tanpa terkeliru.

Kita sebagai ibubapa sepatutnya menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya untuk mengajar banyak bahasa kepada anak-anak. Sebagai contoh, jika kita tinggal di UK, maka kita sudah tidak perlu risau lagi tentang kemampuan anak kita untuk belajar serta menguasai bahasa Inggeris. Kerana anak-anak kita sudah ada komuniti yang akan 'mengajarnya' untuk bercakap dalam bahasa tersebut. Kerana itu, ketika di rumah, selain menggunakan bahasa Inggeris (sebagai meraikan bahasa yang anak-anak sedang belajar), apakata ajar juga bahasa Melayu sebagai bahasa tambahan. Aktiviti dalaman otak lebih cergas apabila anak kita tahu banyak bahasa dan pandai membandingkan perkataan antara bahasa yang berlainan.

Tentang bahasa apa yang dia lebih selesa untuk gunakan dalam percakapan seharian, itu terpulang kepadanya, sekurang-kurangnya dia tahu bahasa ibunda sendiri dan tidak janggal apabila mendengar orang lain menggunakan bahasa tersebut, apatah lagi jika dia sendiri yang perlu bercakap dalam bahasa itu.

Selamat mendidik anak menjadi bilingual, multilingual, atau polyglot! <3

P/s: Belanja video Fatimah (kanak-kanak berusia 3 tahun yang menetap di UK tapi petah kecek kelate. ;)  Credit to instagram: @thefamily.uk